Ciri-ciri fizikal Bulan_(satelit)

Kebanyakan bulan dalam sistem suria terikat pasang surut (tidal locking) kepada planet utama mereka; pengecualian ialah bulan planet Zuhal, bulan Hyperion, yang berputar melilau akibat pelbagai pengaruh luar. Tiada bulan mempunyai bulan mereka sendiri; kesan pasang-surut planet utama menjadikan orbit sekeliling mereka tidak stabil. Bagaimanapun, beberapa bulan mempunyai teman dalam titik Lagrangian (contoh, bulan Zuhal, bulan Tethys dan bulan Dione).

Jumpaan baru mengenai bulan Ida asteroid Dactyl mengesahkan bahawa sesetengah asteroid turut mempunyai bulan asteroid. Sesetengahnya, seperti 90 Antiope, merupakan asteroid berkembar dengan dua komponen sama besar.

Struktur fizikal Bulan

Struktur dalaman

Rencaman kimia regolitos di permukaan qamari (diperoleh daripada hablur batu-batu kerak)[7]
CompoundFormulaComposition (wt %)
MareTanah tinggi
silikaSiO245.4%45.5%
aluminaAl2O314.9%24.0%
kapurCaO11.8%15.9%
iron(II) oxideFeO14.1%5.9%
magnesiaMgO9.2%7.5%
titanium dioksidTiO23.9%0.6%
sodium oksidNa2O0.6%0.6%
Jumlah99.9%100.0%

Bulan ialah sebuah objek planet terbeza: ia memiliki kerak, mantel dan teras. Bulan mempunyai teras dalaman pepajal dengan jejari sepanjang 240 km yang kaya dengan besi dan teras dalaman bendalir dengan jejari lebih kurang 300 km. Teras diselimuti lapisan lebur separa yang mempunyai jejari sepanjang 500 km.[8] Difikirkan bahawa struktur ini terbina melalui penghabluran berperingkat sebuah lautan magma qamari sejurus selepas pembentukan Bulan 4.5 bilion tahun yang lampau.[9]Panghabluran lautan magma ini akan menimbulkan mantel mafik daripada pemendakan mineral-mineral olivin, klinopiroksen, dan ortopiroksena yang tenggelam; selepas lebih kurang tiga suku lautan magma itu menjadi hablur, mineral plagioklas yang kurang mampat dapat terbentuk dan terapung menjadi kerak di bahagian atas.[10] Cecair-cecair terakhir menjadi hablur tertindih di antara kerak dan mantel dengan kehadiran banyak unsur-unsur yang tidak serasi dan yang mengeluarkan haba.[1]Sejajar dengan ini, pemetaan geokimia dari orbit menunjukkan bahawa kerak terbina kebanyakannya daripada anortosit,[11] dan sampel lava batu bulan, yang meletus di permukaan qamari disebabkan peleburan separa mantel, mengiakan rencaman mantel mafik, yang mengandungi lebih banyak besi berbanding Bumi.[1]Kajian geofizik menyarankan bahawa ketebalan kerak purata ~50 km.[1]

Bulan juga merupakan yang kedua mampat selepas Io.[12] Walau bagaimanapun, teras dalaman Bulan itu kecil, dengan jejari sepanjang lebih kurang 350 km atau kurang.[1] Angka ini hanya ~20% saiz Bulan, berbanding dengan nisbah ~50% bagi badan-badan bumian yang lain[Penjelasan diperlukan]. Kandungannya tidak berapa jelas; kebarangkalian ia terdiri daripada besi logam dan pancalogamnya dengan sedikit belerang dan nikel; analisis putaran boleh ubah masa Bulan menunjukkan bahawa ia sekurang-kurangnya lebur separa.[13]

Geologi permukaan

Sisi jauh Bulan. Perhatikan ketiadaan mare gelap.[14]
Topografi Bulan

Topografi Bulan sudah diukur dengan menggunakan altimetri laser dan analisis stereo imej.[15] Ciri yang paling jelas ialah Lembangan Kutub Selatan-Aitken yang amat besar yang terletak di sisi jauh Bulan, iaitu kawah terbesar di Bulan dan juga kawah yang terbesar yang diketahui di dalam Sistem Solar.[16][17] Dengan kedalaman sebanyak 13 km, lantainya merupakan elevasi (aras tinggi) yang paling rendah di Bulan.[16][18] Aras yang paling tinggi terletak pada timur laut lembangan ini, dan ada yang menyarankan bahawa kawasan ini mungkin ditebalkan oleh hentaman sendeng yang menimbulkan Kutub Selatan - Aitken.[19] Lembangan-lembangan hentaman lain, seperti Imbrium, Serenitatis, Crisium, Smythii, dan Orientale, juga memiliki elevasi rendah dan sembir yang ditinggikan.[16] Secara purata, sisi jauh Bulan lebih tinggi sebanyak 1.9 km daripada sisi dekatnya.[1]